Sunday 10 July 2011

PROGRAM LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TEBENGAU 2011

Perjalanan Program


Seawal jam 7.45 pagi, semua murid, guru-guru, staf sokongan dan waris berkumpul di tapak perhimpunan. Acara dimulakan dengan senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Ustaz Mahadi dan beberapa orang murid Tahun 6. Larian bermula selepas berakhirnya acara senamrobik. Ustaz Zainol selaku PK Kokurikulum melepaskan murid-murid, guru-guru, staf sokongan dan waris untuk memulakan larian. Para peserta larian melalui laluan yang sama seperti laluan merentas desa. Pada jam 10.00 pagi acara berakhir. Bagi mengisi masa terluang murid-murid bersama guru-guru melakukan aktiviti riadah seperti bermain sepak takraw dan bola jaring. Program berakhir pada jam 11.00 pagi dan murid-murid dibenarkan pulang.


Gambar sekitar Program




Semua murid,guru,staf dan waris melakukan senamrobik sebelum memulakan larian.





Ibu bapa dan guru turut melakukan senamrobik bersama murid-murid.





Para peserta memulakan larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.









Warna warni sepanjang larian.





Aktiviti selepas larian.

MANUAL MEMBUAT BLOG

Langkah 1
- Untuk membina blog, pastikan anda mempunyai akaun email. 
- Jika anda tidak mempunyai akaun email ,mulakan dengan membuka  akaun baru.
- Klik pada perkataan create an account. Isi semua maklumat pada paparan yang keluar .


Langkah 2

-Apabila akaun google anda sudah aktif, anda boleh melayari laman web Google Blogger http://www.blogger.com
-Daftar blog menggunakan akaun google anda.


Langkah 3

-Kemudian klik anak panah "CREATE YOUR BLOG NOW" .  Anda akan lihat paparan muka
"Create  a Google Account" seperti   dalam gambar dibawah.
-Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik anak panah "CONTINUE"  untuk  langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.




Langkah 4
- Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di bawah
  untuk  menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-
  • Blog title
  • Blog address 
  • Word Verification
- Setelah lengkap diisi, sila klik anak  panah "CONTINUE" untuk langkah berikutnya.




Langkah 5
- Kemudian anda diberi pilihan  memilih 'template' untuk blog anda. 
- Pilih salah satu dan klik "CONTINUE"


Langkah 6
- Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di bawah. 
  Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat 
  URL blog  anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.


Langkah 7
-Setelah selesai proses membina akaun ini, klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.
-Kemudian klik New Post untuk mengisi catatan pada blog anda.
- Klik publish post sekiranya selesai.
-Selamat mencuba, anda kini boleh memiliki blog sendiri.















Sunday 12 June 2011

SEBUAH SESALAN

Ada sebuah cerita tentang seorang wanita yang mempunyai anjing yang setia. Anjing ini sangat setia, sehingga wanita itu boleh meninggalkan bayinya dengan anjing dan pergi untuk menghadiri suatu majlis. Dia selalu kembali dan mendapati anaknya sedang tidur nyenyak bersama anjingnya yang setia mengawasinya.

Suatu hari, sesuatu yang peristiwa yang tidak disangka-sangka berlaku.
Wanita itu seperti biasa, meninggalkan bayinya dalam “tangan” anjing yang setia dan pergi berbelanja. Ketika ia kembali, ia menemukan pemandangan yang mengerikan. Rumahnya terlihat berselerak.
Buaian bayinya telah dibongkar. Kain selimut dan pakaiannya tercarik-carik berserakan, dengan titis darah di seluruh kamar tidur bayi tempat ia meninggalkan bayinya bersama anjing. Terdiam seketika tanpa berkata, wanita itu langsung hilang punca dan berusaha mulai mencari bayinya.
Akhirnya, ia melihat anjing yang setia itu muncul dari bawah tempat tidur. Anjing Itu berlumuran darah dan menjilati mulutnya seakan baru saja selesai menikmati makanan yang amat lazat. Wanita itu menjerit dan terus mengamuk dan beranggapan  anjing itulah yang telah telah memakan bayinya. Tanpa berpikir panjang, ia terus  memukuli anjing itu hingga mati.
Selepas itu  ia mencuba untuk terus mencari bayinya, dia pun melihat hal yang lain.
Di atas katil dekat tempat tidur, ia melihat bayinya sedang berbaring di lantai dengan selamat. Dan di bawah tempat tidur, ia melihat bangkai serigala dengan tubuh yang penuh luka dan terlihat baru mengalami pertempuran yang sengit dengan anjing yang sekarang sudah mati di tangannya sendiri.
Wanita itu sangat menyesal, ia sekarang mengerti apa yang sebenarnya telah terjadi ketika dia tidak ada. Anjing itu telah berjuang untuk melindungi bayinya dari serigala yang kelaparan. Sudah terlambat baginya sekarang untuk menebus kesalahan karana dalam ketidaksabaran dan amarah, ia telah membunuh anjingnya yang setia.
Memang, penyesalan selalu datang belakangan. Untuk itu kita perlu untuk berpikir dulu baru bertindak.

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN
GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf