Sunday 10 July 2011

PROGRAM LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TEBENGAU 2011

Perjalanan Program


Seawal jam 7.45 pagi, semua murid, guru-guru, staf sokongan dan waris berkumpul di tapak perhimpunan. Acara dimulakan dengan senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Ustaz Mahadi dan beberapa orang murid Tahun 6. Larian bermula selepas berakhirnya acara senamrobik. Ustaz Zainol selaku PK Kokurikulum melepaskan murid-murid, guru-guru, staf sokongan dan waris untuk memulakan larian. Para peserta larian melalui laluan yang sama seperti laluan merentas desa. Pada jam 10.00 pagi acara berakhir. Bagi mengisi masa terluang murid-murid bersama guru-guru melakukan aktiviti riadah seperti bermain sepak takraw dan bola jaring. Program berakhir pada jam 11.00 pagi dan murid-murid dibenarkan pulang.


Gambar sekitar Program




Semua murid,guru,staf dan waris melakukan senamrobik sebelum memulakan larian.





Ibu bapa dan guru turut melakukan senamrobik bersama murid-murid.





Para peserta memulakan larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.









Warna warni sepanjang larian.





Aktiviti selepas larian.

7 comments:

  1. meriah betul..sayangnya hari tu kita semua tak dapat join sebab ada kuliah kat UUM

    ReplyDelete
  2. kedinginan pagi ..anak-anak kecil berlari...sawah padi menjadi saksi....suatu realiti....dari yang bernama Bapak Menteri....1 Malaysia...

    ReplyDelete
  3. Seronok kalau geng pentadbiran pun turun padang,baru meriah!..

    ReplyDelete
  4. aktiviti yang amat menyihatkan untuk murid- murid dan pendidik...

    ReplyDelete
  5. seronok juga guru dapat berlari bersama anak murid~

    ReplyDelete